
Lucille Ball - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Lucille Désirée Ball (6 Ogos 1911 - 26 April 1989) merupakan seorang pelakon, pelawak dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau telah dicalonkan untuk 13 Anugerah Emmy Primetime dengan memenanginya sebanyak lima kali, [1] dan merupakan penerima beberapa anugerah lain, seperti Anugerah Golden Globe Cecil B. DeMille dan dua bintang di Hollywood Walk of Fame.